Jumaat, 17 Mei 2013

MY NEW HISTORICAL

Inilah sejarah kehidupan ku yang penuh bermakna. Setiap kehidupan yang dilalui pasti penuh dengan segala ujian dan rintangan . Namun, "AS A BEST PERSON" kita mesti menharunginya dengan bijak.


 Diri ini lebih dikenali dengan nama panggilan NIEZAL. Aku telah pun mendaftarkan diri ke Asrama Perkaya pada tahun 2011. Pada detik yang penuh bermakna ini, maka bermulalah kehidupan ku sebagai pelajar Asrama Perkaya.


 Perkaya merupakan satu pertubuhan kebajikan anak yatim, di bawah lembayung Perkaya lah aku mula menceburi pelbagai bidang dari pelbagai aspek. Aku bersyukur kerana aku telah pun dipilih sebagai BIRO AGAMA dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Pad tahun 2013, merupakan tahun yang penuh bermakna buat diriku dimana , pada tahun tersebut aku telah pun dipilih sebagai salah seorang pelajar yang mewakili Asrama Perkaya dalam kategori Hafazan . Pertandingan ini merupakan pertandinngan anak - anak yatim di seluruh Malaysia.


 Aku merafakkan rasa kesyukuran kerana aku telah pun berjaya menduduki tempat yang pertama iaitu JOHAN HAFAZAN LELAKI dalam Majlis Tilawah Quran Nasyid (MTQN) pada PERINGKAT NEGERI TERENGGANU. Satu kejayaan yang cukup besar aku rasakan .





 Inilah hadiah yang aku persembahkan pada orang - orang yang aku cintai iaitu ayah angkat ku lebih mesra dengan panggilan "DADY" iaitu merupaka seorang pensyarah yang terkemuka di Asia manakala sekarang, Dady mula berkhidmat di Universiti Malaya.



Inilah hadiah buat insan-insan yang selalu memberi semangat pada ku untuk terus maju dengan jayanya. Guru - guru SMK SERI SERATING terutama Yang Mulia Puan Tengku Fatimah BT Tengku Ismail yang selalu memberi dorongan ketika belajar. Kawan- kawan yang aku sayangi iaitu amal amirul, aidil, syazwan,yasin, fikri, matang,amiruldin, aniq,hafiz,men,amirul,muhaimin , afiq nazran, dan terakhir seakli diriku NIEZAL.


Hari yang bersejarah kerana aku dan kawan-kawan telah pun dijemput untuk menghadiri majlis yang telah dikendali oleh pihak POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN. Pada hari yang pertama, aku dan kawan-kawan telah pun menguikuti program iaitu, ice_breking. Satu permainan yang agak mencabar dan menguji setakat mana kepekaan, ketelitian,dan kehebatan individu.. Program ini mengajar kami untuk terus berkeyakinan diri dan maju jaya 

                                                       Sekian...
                                                                       Naswan Al- Nizra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan